Tour to the MMHE




Pada 18 mei lepas aku bersama famili telah pergi ke MMHE (Malaysia Marine and heavy engineering) untuk melawat abg anip abng iparku yang kerja sbg chef kat kapal puteri nilam... kapal tu ader kt MMHE selam 3 minggu sbb nak services... aritu langgar iceberg... cam titanic lak..

dah la masuk kat saner tanpa kebenaran kapten kapal.. otai betul abg iparku ni.. maybe dier kamcing ngan kapten kapal tu... besar gak kapal tu... kapal tu berfungsi menghantar gas asli dari srawak ke japan... kekadang ke US... gas asli ni adalah gas yg anda gune untuk memasak..
kat kapal tu kami dibawa melawat ke kitchen tmpat dier keje.. masuk dalam chiller yg besar tgk ikan salmon... ikan sepat, ikan bilis pun ader..

Lepas tu lepak2 kat bilik tidur dier... agak selesa gak... air-cond ader...tv ader... cumer ruang kecik sedikit....

MEPS CONCEPT



salam dan selamat sejahtera semua..

Pada 6 May hari selasa yg lepas, saya bersama hasrul (k.biro bakad) dan raihan (KRP) telah terpilih menghadiri satu seminar M.E.P.S concept di Sime Darby C.C di bukit Kiara. Seminar ini dikendalikan oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina the polar explorer....

Seminar ini start pada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 6 pm.. Sangant best seminar ni.. antara yang best nyer ialah menu makanan yang dihidangkan... macam2 ader yg paling sedap desert dier sampai tambah 5 kali...tu yg sampai penuh perut dibuatnyer..hehe

Tapi yg lebih penting input yg dapat lebih bermakna. huhu. MEPS concept sebenarnya adalah konsep mengenali diri kita melalui aspek mental, emotional, physical dan social.. itu bergantung pada individu yang mane aspek yg lebih utama... macam saya memilih M...E...P....S... itu sendiri sebagai turutanya..sebagai contoh.... apabila saya berfikir untuk buat sesuatu (mental)... lepas tu... sy berfikir baik@ buruk kalo perkara itu dibuat (emosi) seterusnya baru buat (physical) dan kurang bertanya pendapat orng lain (social) ... sebab itu saya meletakan social dibelakang sekali dalam turutan itu.. anda Bagaimana????..

Banyak lagi input saya dapat pada seminar satu hari itu. nak TAHU??? emm boleh tnye saya sendiri..hehe. terima kasih kepada UTM kerna memberi peluang kepada saya menghadiri seminar ini..... yer... sayang UTM... wasalam

Kisah UTM dan pembaris



salam dan selamat sejahtera semua... selamat menghabiskan cuti anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah ok.. em.. sy skung berada lagi kat utm... ni.. belum nak balik kampung lagi kerana ader tugas yg arus diselesaikan..huhu

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang jarak... APA ITU JARAK?? em... jarak adalah distance dalam bhs inggeris..phm? hehe.. Sebenarnyer nak citer bagaimana nak ukur jarak dari satu tempat ke satu tempat yg lain mengunakan aplikasi google earth.

Anda tahu ape tu google earth?? saya pasti anda tahu aper itu google tp bukan google earth..betul tak??
sebenarnyer.. google earth adalah satu software dimana anda boleh melihat bumi melalui pandangan atas.. ceh.. cam cikgu LK plak.. bermaksud melalui satelit.. anda boleh melihat jalan2 dirumah anda, bandar, tempat2 perlancongan dan sebagainya, MENARIK bUKAN?? boleh gak nak skodeng umah orang...(gurau je..)..

So, kat sini antara aplikasi google earth yg menarik adalah mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi yg berlainan... em... kejituan dan kepersisan ukuran ini adalah kecil.. boleh dikatakn menghampiri tepat la.... contohnyer saya telah mencuba mengukur jarak lingkaran ilmu utm... saya sendiri menjangkakan jarak lingkaran ilmu itu adalah 3 km... rupanye sangkaan saya meleset kerana jarak sebenarnyer adalah 2.18 km shj.. jadi anda jagnla takut untuk berjalan kaki mengelilingi lingkaran ilmu itu..hehe lihat la gambar di atas buktinya... emm.. menarikan???

Jadi sesipa yg berminat tentang jarak ni.. boleh la... download aplikasi ini di address ini earth.google.com. Sekian wassalam