1 week at RTM JB








Salam.

Sudah masuk seminggu aku menjalani latihan praktikal di Jabatan Penyiaran Malaysia JB (RTM).
Aku bernasib baik kerana ada dua orang rakan kos praktikal bersama di sini. Aku menginap di UTM semasa praktikal ini kerana kalau nak menyewa rumah di kawasan JB ni agak mahal sikit.
Jarak dari utm ke rtm tidaklah jauh sangat iaitu 16 km sahaj. Tetapi kerana highway skudai ni agak sesak pada waktu ofis menyebabakan perjalan ynag sepatutnya memakan masa 20 minit mengambil masa 40 minit.

Jadi aku terpaksa pergi ke opis pada pukul 7.00 pagi. (teringat zaman sekolah dulu2). Dalam masa seminggu di RTM banyak perkara aku belajar di sini walaupun tidak dibayar elaun. Aku ditempatkan dalam Master Control Room (MCR). Fungsi MCR adalah sebagai bilik kawalan kepada operasi dua saluran radio kerajaan iaitu JOHOR fm dan FMJB. MCR beroperasi dari pukul 5.30 pagi hingga 12.00 malam kerana mengikut siaran radio Johorfm dan FMJB. Di MCR kebanyakan alatan adalah alatan yang agak lama. (masih analog)

Di sini aku bersama partner praktikal aku ajib dari uthm belajar kendalian peralatan di mcr secara kasar pada hari pertama. Contoh peralatan yang ada kat sini seperti receiver, switcher,distribution amplifier dan sebagainya. Juruteknik kat sini amat peramah dan tak kedekut ilmu. Tapi dengan syarat kita perlu rajin bertanya dengan mereka.


Dikala kebosanan yang melampau atau penat baca manual, aku menyibuk kat bilik ceramah 1 tengok bagaimana penerbit rancangan mengedit program mereka menggunakan software DALECT. Mudah jer pengunaan DALECT dan banyak lagu dalam DALECT. Juruteknik tu kata boleh bawa CD untuk Copy lagu dalam tu. Dia tak benarkan copy guna hardisk sebab takut virus h1n1 masuk dalam sever tu, bahay. Sebab pernah dulu budak praktikal copy guna hardisk, habis semua lagu hilang. Siaran Johor fm pun tergendala.


Di RTM juga ada studio muzik yang digunakan untuk merakam lagu/melodi yang dipersembahkan oleh kombo rtm. Rupanya bukan senang nak rakam satu lagi, sampai sepuluh kali ulang untuk satu lagu.pedih…pedih… Sampai aku boring dengar lagu yang sama diulangi. Ni la yang kau dapat berkongsi kat RTM. Moga2 banyak lagi boleh aku belajar kat sini. Sekian.

2 comments:

salam. wah, ade lak virus h1n1 tercebar mlalui file transfer. kui3.

selamat berpraktikal..hehe