Perbedaan Malaysia & Indonesia


SALAM

Pada bulan november yang lalu, saya telah mengikuti lawatan pendidikan dan sosial ke Bandung Indonesia anjuran Persatuan Pelajar kejuruteraan Elektrik UTM (JURUTEK) . Objektif program ini ialah mempelajari budaya setempat dan Study culture yang dipraktikan oleh rakyat indonesia.


Banyak perbedaan budaya antara Malaysia dan Indonesia walaupun kita negara jiran dan serumpun. Indonesia adalah sebuah negara republik yang mempunyai umat islam yang teramai didunia berbanding negara Malaysia yg mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan. Di sini ingin saya berkongsi perbedaan ketara antara Indonesian & Malaysian


Dilema penjual & pembeli

Selalunya apabila kita berjalan-jalan di shooping complex (Malaysia) untuk membeli belah mahupun window shopping sahaja, selalu kita terserempak dengan promoter2 jualan yg manis mukanya tapi masam senyumannya. Mereka hanya melihat perlakuan kita sedang memlih baju tanpa mempromotenya. Jika kita bertanya kepada mereka barulah mereka mendampingi kita dan membuka mulut. Mungkin ini budaya Malaysia yg tidak suka diganggu pabila sedang memilih pakaian rasa rimas, diganggu menghantui diri mereka. Berbeza jika membeli belah di sekitar Bandung yg dikenali dengan syurga kain, penjual di mall amat peramah melayan pembeli. ‘Nak apa teh….?’ ‘mahu beli apa ya Mas…?(gaya lembut) . acapkali kedengaran di ucapkan oleh penjual yg rata2nya gadis-gadis yg comel .


Panggilan ‘teh dan ,mas’ bermaksud abang/kakak selalu digunakan oleh orang Bandung (Sunda) ketika ngobror dengan pembeli. Mereka ini sangat mesra dengan pembeli macam sudah lama bersua lagaknya, tapi jangan tunduk dengan kemesraan yg ditonjolkan tapi nilai dulu barangan yg dijual sesuai atau tidak dengan harganya. Jika agak mahal, jgn teragak2 untuk tawar dengan separuh harga, mungkin ada rezki boleh dapat dengan harga itu.

Berdiri di Kaki Sendiri

Saya dan rakan melawat sebuah universitas yg terkenal di Bandung iaitu ITB (institute technology Bandung) . ITB banyak melahirkan tokoh ilmuan yg terkemuka dan golongan profesional Indonesia. Kawan saya pernah bercerita dengan saya tentang ITB ini. Bahawasanya pelajar yg diterima kuliah di ITB adalah dikalangan pelajar pintar seluruh INA. Mereka mudah mendapat pekerjaan selepas graduasi. Rasa teruja apabila melawat ITB, ternyata suasana nyaman dan dingin amat sesuai sekali dalam proses penerapan budaya ilmu. Kaget, melihat mereka belajar bersama-sama dibawah pohon dan dikaki lima fakultas sahaja tanpa menghiraukan delegasi UTM yg bertandang disitu.


Kekurangan kemudahan seperti kerusi dan meja belajar tidak membataskan proses budaya ilmu tersebut. Mahasiswa ITB kebanykan belajar sendiri kerana Dosen kerap tidak mengajar di kuliah kerna sibuk dengan urusan lain. Tetapi, senior yg mengambil alih tugas Dosen untuk mengajar junior2 di kuliah. Oleh sebab itu, mereka memang respect kepada senior walaupun kadang-kadang terpaksa (buli). Semangat berdikari memang telah diterapkan sejak mereka lahir lagi, mereka tiada pinjaman daripada pihak kerajaan , hanya mengharapkan tajaan daripada syarikat luar atau MAMDAD (mam n dad) yg menajanya. Sebab itu mereka amat agresif untuk mendapatkan sesuatu. Berbanding di Malaysia, kita bertuah diberi pinjaman pelajaran oleh kerajaan untuk belajar. Mungkin kemudahan2 ini mengalpakan kita untuk lebih berdikari.


Konklusinya, memang ada pro dan kontra perbezaan budaya antara kita dan Indonesian, asimilasi perlu dilakukan jika ia mendatangkan kebaikan dan hindarkan jika sebalik berlaku

farizi: berbeza untuk satu matlamat yg sama

1 comments:

‘mahu beli apa ya Mas…?(gaya lembut) . acapkali kedengaran di ucapkan oleh penjual yg rata2nya gadis-gadis yg comel .
comel ye?!hihi