HAJATKU KESAMPAIAN JUA...




Penantian satu penyeksaan, penyeksaan satu kesakitan bak kata orang tua-tua dulula. Sudah semester aku menanti.. inilah sangat yang ku tunggu2. Pabila scholar JPA baru masuk ke ACC Bank Islamku. Dah lama aku menyimpan hasrat nak beli sebuah beg galas (bagpack) yang cambest.. kalo boleh beg tu multipurpose- boleh letak laptop,buku, novel, bungkusan ayam penyet, sos cili KFC dan sebagainya.

Berbekalkan hasil jualan Dadih ABU kat KTC (dadih ABU=lazat+berkhasiat) ni yg diusahakan dgn partnership (Safwan) + sedikit duit kerajaan (JPA), tanpa membuang masa dan sampah merata-rata, aku dengan pantas pergi ke ANGSANA menaiki JKJ 15**(sebuah motosikal berwarna biru HONDA wave 125).

Dalam hati hanya terpikir brand ape aku nak beli ni….em… Selalu member2 cakap Deuter bagus tapi harganya juga “bagus” lifetime warranty pulak tu..Tapi kalo pikir2 kan balik apa ada pada BRAND yang penting kualiti kan..?? tapi selalu yang berjenama tu yg berkualiti tinggi (kualiti adalah subset bagi barangan berjenama). So… kene pilih gak yang berjenama .. tak kan nak beli jenama yg selalu disalah cetak ejaannya macam (ADIBOS, NIKA, ADIPUTRA, MIKE). Alamat beg tu boleh dianggap sebagai beg pakai buang je la..(atas pengalaman yg lalu beli beg jenama ^%&$)

Dari tingkat bawah Angsana aku cari kedai yang specialties jual beg-beg. Setelah berjalan2 mencarinya tidak ku jumpai..Em.. Nampak nyer takde kat tingkat bawah ni..Bahulu Warisan adalah lah kat tingkat bawah ni (teringat hari raya plak).Lepas tu, Aku naik pulak ke tingkat dua naik escalator. Bercakap pasal escalator ini adalah satu mahkluk yg budak2 takut apabila berjalan-jalan di shoping Mall. Inilah adalah fakta berdasarkan pemerhatian aku selama ini, kebanyakan kanak-kanak2 berumur 3-5 tahun akan takut untuk naik escalator,mereka menganggap escalator ini bagaikan robot yg akan menyedut mereka apabila sampai penhujungnya. (pengalaman penulis sendiri yg takut pada escalator ). Jadi bila nak sampai je tingkat yang kita nak naik. Mereka akan mulai panik sebab takut tersepit dek escalator itu.. jadi apa tindakan mereka?? Mereka pun lompat dengan sekuat hati bagi melepaskan diri daripada disedut oleh escalator itu..huh dasyhat sungguh pemikiran kanak2 ni yer..(banyak tgk kartun Happy 3 friends kot). Oleh sebab itu, parent mereka selalu angkat anak2 mereka apabila naik escalator.

Ok. Berbalik pada cerita tadi.. kat tingkat satu aku ternampak satu kedai kat site corner, tapi tak ingat belah mana, banyak tergantung segala jenis beg meliputi beg sekolah, beg laptop, beg dompet, haversack, dan beg platik untuk bungkus beg. Aku pun meluru ke kedai itu tanpa melihat ke kanan dan kiri jalan. Kegairahan untuk memiliki beg galas telah membuak-buak dan tidak tertahan lagi. Pabila masuk jer dalam kedai itu, ada seorang salesgirl menyapa aku dengan senyuman manja (biasala die nak kite beli kat kedai dier) aku pun membalas dengan senyuman normal sahaja. (senyuman berlebihan boleh mendatangkan bahaya)

Lalu berkata….

“Abang mau beli beg ka?’ kata gadis itu dengan lembut.

Aku menjawab dengan nada macho

“Emm… saya nak beli beg laptop, ade tak??

“ Beg laptop?? OO… ade2..jom ikut saya..kat belakang beg tu,” ( x pasti salesgirls ni bangsa apa sebab loghat bahasa agak pelik)

Aku membalas: ok-ok.

Kerana malas aku nak tulis dalam bentuk dialog disini aku ringkaskan perbualan kami. Salesgirl tu tanya kat aku berapa budget aku untuk beli beg ni. Aku cakap dalam RM 1++.00. Pastu die pun menyelongkar bilik bagai musang mencari mangsa nak cari beg yg suitable dgn budget tadi. Sambil tu aku pun usha2 (bahasa selanga yg bermaksud-melihat/mencari) beg yg ader kat situ kot2 berkenan. So aku ternampak beg berjenama Deuter yg agak menarik perhatianku untuk membelinya.. Jadi aku terus tnya die harga beg Deuter ini kepada gadis tadi.

Dengan selamba dier cakap harga adalah Rm 3++.00 shj. ook.. niatku terhenti disitu sahaja. Memang mahal. Pastu dier suggest satu beg yg berjenama High Sierra kat aku. Harga dalam RM 180 sahaja berwarna blue navy. Designya jugak agak menyelerakan aku untuk menapaunya pulang. Selain itu, beg ini mempunyai tahap kebolehan kalis air yang tinggi kerana system zip yang dipasang pd beg ini kalis air dan tahan lasak. Pada mulanya, aku pura2 tidak bersetuju kerana harga mahal, tetapi itu adalah salah satu strategi untuk mendpat harga yg lebih murah. Jadi aku try menawar harga yg lebih murah kat salesgirl tu dengan menggunakan pengalaman yg aku ada untuk memujuk orang (ini x terkandung dalam prinsip memujuk kekasih yg agak berbeza) d. Tawar punya tawar.. aku dapat membeli dengan harga rm165.00 shj. Okla.. walaupun aku berasa harga tu boleh ditawar dengan harga yg lebih rendah lagi.

“Bos.. saya beli beg…u ader kasi ada gift tak?? Mahal ni..” kata aku dengan gaya membodek

“ooo.. itu present ka?? Ade2 wa kasi lu itu calendar baru 2009 ok?”. Sambil tersenyum

“Kalendar ka bos?? wa manyak maa kat bilik, bagi la baucer percutian ka bos..” dengan nada hampa.

“takdela..itu ekonomi jatuh, perlu berjimat cermat.” Kata bos tu lagi.

“okla bos.. calendar pun wa angkat jela.” (dalam hati berkata ape kene mengena ngan berjimat-cermat’ hampeh punyer taukeh)

Akhirnya aku telah Berjaya memilikinya.. fuh.. tidak sabar rasanya nak pergi kuliah esok demi memperagakan beg yang ku beli ini. Kepuasan meyelubungi hati aku dan harapan aku dapat lebih rajin lagi belajar dengan beg baru ini. Hehe. Salam

Farizi: Hargailah sentiasa apa yang kita ada.

2 comments:

wakaka.. nak yang baru memang la mahal bro.. kalo ko pandai cari yang 2nd hand nyer, ade banyak brand2 ternama ko leh angkat ngan harga yang lagi murah.. tapi ape2 pon, ape yang ko hajat dah berada dlm genggaman.. gunalah dengan sebaik nye..

 

yeke?? aku tak suka sangat beli yg 2nd hand nyer.. belian inline ke??