Sebuah buku hasil nukilan Dato’ Prof Dr Ir Zaini Ujang Naib Canselor UTM yang baru dilantik tahun lalu.Beliau mengupas secara terperinci tentang kaedah yang komprehensif bagaimana mengangkasakan pengajian Pada awalnya, buku ini banyak mengupas pengertian gagasan university itu sendiri dan tradisi universiti menjadi pusat keintelektualan sejagat. Selain itu, beliau mengupas secara mendalam tentang visi dan falsafah pengajian tinggi yang mendasarkan kewujudan tradisi intelektualan sebagai visi utama. Bagi membolehkan budaya ilmu menyerap dengan lebih mantap dan subur di university tempatan, beliau telah mencadangkan lima pelan tindakan yang holistik;
1. menjadikan budaya ilmu sebagai aspek tertinggi pemikiran, minda kehidupan dan kerja ahli akademik dan kalangan staf, termasuk staf sokongan. Nilai ilmu merangkumi konseo, penghormatan idealisme, kotmitmen, amalan dan penghayatan kepada sumber ilmu, ilmuan, proses keilmuan, adab dan kaedah untuk mendapatkan ilmu. Secara tidak langsung, komuniti kampus menjadi komuniti ilmu yang memenuhi pelbagai cirri melambangkan komitmen dan penghayatan terehadap amanah dan tuntuatan ilmu.
2. Meletakan golongan berilmu pada martabat dan kedudukan yang sewajarnya dari penghormatan,peranan dan tangungjawab. Dalam hal ini, majlis Profesor perlu diwujudkan untuk membolehkan semua professor bergabung dan berwacana pada tahap selayaknya untuk sama-sama memikir dan mencari kaedah meningkatkan lagi mutu dan penghayatan ilmu dalam kalangan warga kampus.
3. memastikan semua pihak di universiti berada dalam proses peningkatan dan penghayatan ilmu. Professor perlu meneruskan penerokaan baru dalam aktiviti penyelidikan displin ilmu ynag khusus tetapi interdisciplinary, terlibat secara aktif dalam kegiatan professional peringkat antarabangsa bagi membolehkan disiplin ilmu di univeristi berkenaan terus berkembang. Para pensyarah perlu membantu professor untuk menjalankan penyelidikan dan penyeliaan pelajar siswazah. Pensyarah muda perlu mensasarkan fokus mereka untuk terus belajar bagi memastikan amalan terbaik dilaksnakan dalam melakukan tugas harian.
4. Menjadikan program akademik seperti kuliah,tutorial, makmal dan kerja lapangan sebagai majlis ilmu yang diberkati ilahi. Hal ini perlu difahami dan dihayati oleh semua staf dengan niat yang tulus, memperbetulkan objektif pembelajaran, mematuhi adab belajar (pensyarah dan pelajar sekali gus) dan komited terhadap visi penerokaan ilmu.
5. Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan penyuburan sifat kesombongan dan bangga diri, sebaliknya sebagai insentif dan penghormatan ilmu untuk diteladani orang lain-kepada mereka yang member sumbangan besar bagi kemajuan ilmu, sama ada menerusi penghasilan buku, penerbitan dan jurnal ternama, pelantikan sebagai editor, professor atau ketua bagi sesuatau projek keilmuan dan inovasi dalam sesuatu disiplin ilmu menerusi harta intelek.
Banyak lagi perkongsian yang beliau garapakan dalam buku ini, tetapi ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua.SEKIAN.
Farizi: ilmu bagaikan dian yang menerangi malam yang gelap gelita
Johor Bahru Time
1 comments:
buku ini sangat bagus untuk budak u baca..
Post a Comment